Tuesday 19 June 2012

Me'rakyat'kan Aktiviti Training

Posting dalam blog ini didorong oleh blog Teknik Motivasi Islam.

Teknik Motivasi Islam:  Memandaikan bangsa melalui program latihan.
PositivEnglish:  Memperkaya bangsa melalui program kemahiran berbahasa Inggeris.  

Banyak game dan aktiviti training program Bahasa Inggeris boleh didapati secara offline dan online.

Hasil carian di Google bagi 'English Games for Adults" memberi 99,300,000 pilihan.  

Games ini berkesan apabila dilaksanakan pada peserta Barat atau yang mengamalkan Budaya Barat.  Budaya Amerika positif pada persaingan.

Budaya Asia berbeza.  Ia budaya kooperatif.

Apabila games yang bermotifkan persaingan dibawa kepada peserta yang kurang senang bersaing, hasilnya mendukacitakan.  Dukacita kepada trainer dan boleh bawa kecederaan emosi kepada peserta.

Trainer berdepan dengan dua pilihan:

1.  Cedok games dan aktiviti  yang sedia dan ubahsuai mengikut nilai dan citarasa tempatan.
2.  Cipta games baru yang ada nilai dan citarasa tempatan.

Ini contoh aktiviti pembelajaran bahasa Inggeris yang dirakyatkan.  Aktiviti ini didesain untuk memperkaya pengajaran bahasa Inggeris sekolah-sekolah agama di Indonesia: 

Zaskia Adya Mecca adalah bintang sinetron Indonesia.  
Yang dibulatkan di bawah ialah mesej Islamik yang diserapkan di dalam petikan.

Game dan aktiviti boleh dicipta sendiri.  
Dengan cara ini, trainer Muslim bertambah kaya ilmu, kaya pengalaman dan kaya amal.  Dengan izin Tuhan, bonusnya, kaya harta.







No comments:

Post a Comment