Monday 18 June 2012

Menyanyi Lagu Pop, Menangkap Bahasa dan Mendapat Nilai Tambah



Perkenalkan, ini Tuan Raef.  Beliau seorang artis dari Amerika Syarikat.

Lagu-lagu Raef kebanyakan adalah 'cover version' - lagu popular yang dinyanyikan semula dengan sentuhan baru, dengan menambah nilai Islamik.

Contoh:
Lagu I'm Yours oleh Jason Mraz mempunyai melodi yang senang ditangkap.  Ramai pelajar sekolah (rendah dan menengah, sekolah biasa dan agama) senang mengikut korus lagu ini.  Tanpa membaca dan memahami lirik.

Raef membawa nilai Islamik dalam lagu pop.
'Yours' dalam I'm Yours merujuk ke Tuhan. "Rabbee, rabbee I am Yours."

Lagu popular, penyanyi asal popular dan Raef menggunakan kuasa 'leverage' di situ.

Bayangkan kanak-kanak dan remaja menyanyikan lagu ini dan menangkap frasa "Rabbee, rabbee I am Yours."  

English dapat, nilai Islamik pun dapat!

Bagaimana pendekatan ini boleh diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris akan dikongsikan dalam posting seterusnya.


No comments:

Post a Comment