Saturday 23 June 2012

Mengambil Hati Peserta dengan Memesrakan Aktiviti

(Peserta Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris bagi Guru Pra-Sekolah.  Aktiviti Readers' Theatre)

Salah satu aktiviti bahasa Inggeris yang popular ialah Choral Speaking.

Aktiviti choral speaking boleh dimasukkan dalam modul kursus bahasa Inggeris dewasa tetapi diubahsuai pendekatannya.

1.  Buangkan elemen menghafal.  Ia memakan masa dan mencipta tekanan kepada peserta.
2.  Sediakan teks atau skrip yang pendek.  Ia menjimatkan masa dan memberi kelegaan kepada peserta.

Apakah alternatif kepada aktiviti choral speaking?
Mempersembahkan...


Apakah manfaat Readers' Theatre?  Membaca dengan suara merangsang otak manusia.
Bukan itu sahaja, ia membantu mencantikkan sebutan dan intonasi bacaan.




Cabarannya:
Di manakah trainer boleh dapatkan teks atau skrip Readers' Theatre secara percuma?  Yang berbayar, ada.  Google sahaja.

Jika dapat yang percuma, adakah ceritanya sesuai dengan citarasa orang kita?

Penyelesaian:
1.  Cipta teks atau skrip sendiri.
2.  Adaptasi.

Contoh:

Skrip Adaptasi "Big Blue Fish, Small Red Fish"
Ia dimuat turun dari internet secara percuma.

Jalan ceritanya tidak diubah.  Kisah ikan kecil dikejar ikan besar.  Ikan kecil lari mahu menyelamatkan diri, takut dimakan oleh ikan besar.  Rupa-rupanya ikan besar mempunyai hajat yang lain.

Beberapa ungkapan digantikan supaya ia lebih mesra-peserta.
Aktiviti ini berkesan dijalankan pada peserta wanita dewasa dan lebih menyeronokkan dengan kumpulan guru dan pendidik.

No comments:

Post a Comment