Saturday 21 December 2013

Let's vs Lets

One of the questions raised by a student in our English Writing class is when to use LET'S and when to use LETS.

Grammama is here to help:


Thursday 2 August 2012

Lagi adik-adik WALK: skip & tiptoe


Dalam posting yang lalu, kita berkenalan dengan march dan stroll.  Kedua-duanya adalah sinonim bagi perkataan walk.

Pemilihan perkataan yang tepat menghidupkan penceritaan.

Contoh:
Apabila anak kecil berada di taman permainan, verb yang sesuai digunakan ialah skip, iaitu berjalan dengan lincah seolah-olah ada spring di kakinya.  


Bandingkan:
The happy girl skips along the park,
dengan
The happy girl walks along the park.

Adakah anda nampak gambaran yang berbeza?

Begitu juga dengan tiptoe, berjalan dengan senyap dan berjengket.

Contoh:
Anda terjaga kehausan di tengah malam.  Bagaimana cara anda berjalan ke dapur supaya tidak mengejutkan nenek anda yang sedang lena?

Tidak salah menulis begini, 'I woke up at midnight, thirsty.  I did not want to wake my grandmother up, so I walked slowly to the kitchen.'

Cara menambah gaya mudah sahaja.  Gunakan perkataan yang lebih deskriptif.  'I did not want to wake my grandmother up, so I tiptoed to the kitchen,'

Otak kita terus bayangkan aksi jalan berjengket.  Mulia sungguh hati seorang cucu.

Kesimpulannya, tambah masa sedikit bagi mengenal adik-beradik perkataan pilihan anda.  Teknik ini mengembangkan vocab anda dan menjadikan English anda lebih stylish!

Wednesday 1 August 2012

Adik-beradik WALK: march & stroll


Why use plain, old 'walk' when you can make your English more stylish?

Bahasa Inggeris bahasa yang deskriptif.  Ada lebih daripada 50 sinonim bagi perkataan walk yang menggambarkan cara berjalan yang berbeza.

Berjalan laju, perlahan, dengan tujuan, tanpa arah, berjalan di tempat awam, bergegas.. banyak lagi!

Dua contoh yang digunakan di dalam video di atas:

(1) marchusage: walk fast, with regular or measured steps; walk with a stride; "He marched into the classroom and announced the exam"; "The soldiers marched across the border"



Read more: Synonyms of marches — Infoplease.com 
http://thesaurus.infoplease.com/marches#ixzz22Hh6WsrI

(2) stroll:   to walk leisurely as inclination directs; ramble; saunter; take a walk: to stroll along the beach. 

Read more: stroll: meaning and definitions — Infoplease.com http://dictionary.infoplease.com/stroll#ixzz22HhlxlJj


Now you can speak with style :)

Video seterusnya memaparkan dua lagi sinonim walk.  Ada babak mengejutkan.  Stay tuned!

Tuesday 31 July 2012

Expand your vocab tree





" A word is like a face."

"Phrases are like faces."



Setiap hari kita bertembung dengan pelbagai perkataan Inggeris.
Ada yang kita kenal rapat, ada yang biasa-biasa, ada yang kita belum tahu.

Mahu kenal rapat dengan manusia, kita ambil masa.  Bertanya soalan, susun pertemuan sehingga wajah itu lekat di ingatan.

Begitu juga dengan perkataan dan ungkapan Inggeris.  Jika sebelum ini kita sekadar 'bertembung' 
dan biarkan ia berlalu, sekarang kita ambil masa belajar tentangnya.

Contoh:  walk = jalan

Bukankah menarik apabila kita boleh mempelbagaikan perkataan walk dalam perbualan dan penulisan?

Walk mempunyai ramai adik-beradik.
Antaranya, marchstrolltiptoeskipcruiselimpstaggersaunterstride
Belum lagi kita masukkan sepupunya jumphopleap.

Ambil masa bagi berkenalan dengan perkataan kegemaran anda.
Hasilnya, pokok vocab anda tumbuh lebat dan bahasa anda menjadi lebih ekspresif.

Stay tuned! Video seterusnya menerangkan EMPAT adik-beradik walk.


Thursday 26 July 2012

Bagus diguna: Look forward to


Selepas membaca posting ini, anda akan tahu apa itu Phrasal Verbs dan anda boleh terus menggunakan SATU phrasal verb penting dalam perbualan harian anda.

1.  Apakah itu Phrasal Verbs?
Verbs = kata kerja 
Contoh:  take, go, put, look

Apabila satu verb dipadankan dengan dua atau tiga perkataan kecil yang lain,
misalnya take + away,  go + on, put + up, look + into,
gabungan ini membawa maksud yang baru.

Penutur bahasa Inggeris biasa menggunakan phrasal verbs dalam perbualan dan penulisan mereka.  Bagus jika kita juga biasakan diri dan berlatih menangkap ungkapan sebegini.

Kita mudah faham, tidak akan berlaku proses penterjemahan word by word.
Bahasa kita menjadi lebih natural dan sedap didengar.

2.  Bagaimana menggunakan phrasal verbs di dalam ayat?

look forward to = excited about something

I look forward to our Family Day next month.
She looks forward to her novel launching event.
"I am looking forward to hearing from you soon."
 The children look forward to visiting their Opah in Taiping.

Perhatikan perkataan yang berwarna merah.
Tip Penting:  kata kerja (hear, visit) mengambil bentuk -ing.
Apabila anda padankan look forward to + verb, tambah imbuhan -ing di belakangnya.  Mudah.

Contoh lagi (lagi banyak lagi bagus, mudah mahu guna)

looking forward to meeting you,
looking forward to sharing more tips on this blog,
look forward to organizing Save the Children Project

Rakam irama ini di dalam minda.  Sebut ia sekaligus.  Ini namanya 'menjala' bahasa Inggeris, jala besar, ikan yang masuk juga besar.

Selamat berbahasa Inggeris gaya santai!




Wednesday 25 July 2012

Tip Power Lancar Berkata-kata

Dua cabaran besar apabila bertutur dalam bahasa Inggeris:

(1) Vocab terhad
(2) Idea tersekat

Teknik latihan yang disyorkan:

Pilih topik yang dekat di hati. 
Apabila berbicara tentang perkara yang kita jiwai, tiada masalah dengan idea. 
Yang lambat menjadi cepat. Yang boring menjadi inspiring.

Hati tidak boleh menipu. Apabila kena suisnya - topik yang disembang ialah topik kegemaran - otak akan bekerja sebaiknya mencurahkan idea.

Spoken English mudah kerana tanpa ayat lengkap, mesej tetap sampai.
Mimik muka, intonasi, gerak badan membantu.

Sekiranya berhadapan dengan situasi perkataan Inggeris yang dicari tidak ditemui, guna teknik SIMPLIFY.

Caranya mudah:
Permudahkan bahasa

Contoh: "Rumah terbengkalai."
Langkah 1:  Mudahkan di dalam kepala: "Rumah tidak siap."
Langkah 2:  Inggeriskan: "The house is not ready / not complete."

Done! Selamat berlatih sampai fasih :)

Monday 23 July 2012

Geram dengan Grammar?



Antara kerisauan utama peserta dewasa program bahasa Inggeris ialah tatabahasa.  Setelah melalui sistem pembelajaran bahasa Inggeris dari tadika sehingga tingkatan lima, isu grammar masih belum selesai.

Apakah cara paling berkesan mengasah kemahiran ini?

1.  Kenalpasti motif belajar (dan mengajar) bahasa Inggeris.
Adakah peserta mahu belajar bahasa Inggeris atau belajar mengenai bahasa Inggeris?

Jika mahu tingkatkan kemahiran komunikasi - mampu menyampaikan mesej dengan berkesan dan dapat difahami - cara pengajaran tatabahasa berbeza.  Mungkin sama sekali tidak disentuh.

Jika mahu mendalami rumus tatabahasa - tahu beza past perfect tense dan present perfect tense misalnya - cara pengajaran lain kaedahnya.  Motif ini sesuai bagi bakal guru bahasa Inggeris.

2.  Lihat bagaimana grammar 'bekerja' semasa membaca.
Susul teori dengan amali.  Melalui bahan bacaan berkualiti, peserta diajar menangkap ungkapan dan ayat, bukan perkataan.  Baca berita, peserta menangkap past tense.  Perhatikan resipi, peserta belajar ayat arahan dan turutan.

3.  Mimik skrip menarik semasa mendengar atau menonton.
Pilih sumber bahasa Inggeris berkualiti.  Ulang ayat yang berjaya ditangkap.  Gunakan.  Ayat dari sumber yang baik, sudah tentu grammar-nya cantik.

Kesimpulannya, tiada jalan pintas menghafal formula tatabahasa.  Pilih jalan bijak melancarkan komunikasi.  Mulakan dengan membaca, menonton dan mendengar bahan bahasa Inggeris yang berkualiti.