Saturday 23 June 2012

Mengambil Hati Peserta dengan Memesrakan Aktiviti

(Peserta Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris bagi Guru Pra-Sekolah.  Aktiviti Readers' Theatre)

Salah satu aktiviti bahasa Inggeris yang popular ialah Choral Speaking.

Aktiviti choral speaking boleh dimasukkan dalam modul kursus bahasa Inggeris dewasa tetapi diubahsuai pendekatannya.

1.  Buangkan elemen menghafal.  Ia memakan masa dan mencipta tekanan kepada peserta.
2.  Sediakan teks atau skrip yang pendek.  Ia menjimatkan masa dan memberi kelegaan kepada peserta.

Apakah alternatif kepada aktiviti choral speaking?
Mempersembahkan...


Apakah manfaat Readers' Theatre?  Membaca dengan suara merangsang otak manusia.
Bukan itu sahaja, ia membantu mencantikkan sebutan dan intonasi bacaan.




Cabarannya:
Di manakah trainer boleh dapatkan teks atau skrip Readers' Theatre secara percuma?  Yang berbayar, ada.  Google sahaja.

Jika dapat yang percuma, adakah ceritanya sesuai dengan citarasa orang kita?

Penyelesaian:
1.  Cipta teks atau skrip sendiri.
2.  Adaptasi.

Contoh:

Skrip Adaptasi "Big Blue Fish, Small Red Fish"
Ia dimuat turun dari internet secara percuma.

Jalan ceritanya tidak diubah.  Kisah ikan kecil dikejar ikan besar.  Ikan kecil lari mahu menyelamatkan diri, takut dimakan oleh ikan besar.  Rupa-rupanya ikan besar mempunyai hajat yang lain.

Beberapa ungkapan digantikan supaya ia lebih mesra-peserta.
Aktiviti ini berkesan dijalankan pada peserta wanita dewasa dan lebih menyeronokkan dengan kumpulan guru dan pendidik.

Wednesday 20 June 2012

Melontar Suara diiringi Muzik

Membaca dengan lontaran suara yang kuat dan jelas membantu peserta mencantikkan sebutan.

Ditambah iringan muzik rancak, bacaan menjadi nyanyian.

Ini lagu tema program Fasih Berbahasa Inggeris (FBI) bagi sekolah menengah.
Lagu ini dikarang oleh sekumpulan anak muda berbakat dari HandyPro Sdn Bhd.
Kami diberi keizinan menggunakan lagu ini dalam program bersama pelajar.


Dari lagu, peserta menangkap sebutan, intonasi dan ungkapan.
Alang-alang memilih lagu bahasa Inggeris, pilih lagu yang ada pengisian.


Apakah skil yang dipindahkan melalui aktiviti bacaan bermuzik (nyanyian)?

1.  Skil mendengar dan menggunakan logik memahami maksud
2.  Skil memimik sebutan, dialek, gaya
3.  Skil membaca pantas

Dari satu lagu, trainer boleh menghasilkan pelbagai aktiviti susulan.


 Lampiran:  Lirik Lagu dan Doa Memulakan Seminar

Tuesday 19 June 2012

Me'rakyat'kan Aktiviti Training

Posting dalam blog ini didorong oleh blog Teknik Motivasi Islam.

Teknik Motivasi Islam:  Memandaikan bangsa melalui program latihan.
PositivEnglish:  Memperkaya bangsa melalui program kemahiran berbahasa Inggeris.  

Banyak game dan aktiviti training program Bahasa Inggeris boleh didapati secara offline dan online.

Hasil carian di Google bagi 'English Games for Adults" memberi 99,300,000 pilihan.  

Games ini berkesan apabila dilaksanakan pada peserta Barat atau yang mengamalkan Budaya Barat.  Budaya Amerika positif pada persaingan.

Budaya Asia berbeza.  Ia budaya kooperatif.

Apabila games yang bermotifkan persaingan dibawa kepada peserta yang kurang senang bersaing, hasilnya mendukacitakan.  Dukacita kepada trainer dan boleh bawa kecederaan emosi kepada peserta.

Trainer berdepan dengan dua pilihan:

1.  Cedok games dan aktiviti  yang sedia dan ubahsuai mengikut nilai dan citarasa tempatan.
2.  Cipta games baru yang ada nilai dan citarasa tempatan.

Ini contoh aktiviti pembelajaran bahasa Inggeris yang dirakyatkan.  Aktiviti ini didesain untuk memperkaya pengajaran bahasa Inggeris sekolah-sekolah agama di Indonesia: 

Zaskia Adya Mecca adalah bintang sinetron Indonesia.  
Yang dibulatkan di bawah ialah mesej Islamik yang diserapkan di dalam petikan.

Game dan aktiviti boleh dicipta sendiri.  
Dengan cara ini, trainer Muslim bertambah kaya ilmu, kaya pengalaman dan kaya amal.  Dengan izin Tuhan, bonusnya, kaya harta.







Monday 18 June 2012

Menyanyi Lagu Pop, Menangkap Bahasa dan Mendapat Nilai Tambah



Perkenalkan, ini Tuan Raef.  Beliau seorang artis dari Amerika Syarikat.

Lagu-lagu Raef kebanyakan adalah 'cover version' - lagu popular yang dinyanyikan semula dengan sentuhan baru, dengan menambah nilai Islamik.

Contoh:
Lagu I'm Yours oleh Jason Mraz mempunyai melodi yang senang ditangkap.  Ramai pelajar sekolah (rendah dan menengah, sekolah biasa dan agama) senang mengikut korus lagu ini.  Tanpa membaca dan memahami lirik.

Raef membawa nilai Islamik dalam lagu pop.
'Yours' dalam I'm Yours merujuk ke Tuhan. "Rabbee, rabbee I am Yours."

Lagu popular, penyanyi asal popular dan Raef menggunakan kuasa 'leverage' di situ.

Bayangkan kanak-kanak dan remaja menyanyikan lagu ini dan menangkap frasa "Rabbee, rabbee I am Yours."  

English dapat, nilai Islamik pun dapat!

Bagaimana pendekatan ini boleh diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris akan dikongsikan dalam posting seterusnya.


Apakah Dua Pasaran Besar Program Bahasa Inggeris?

Pasaran besar program pembelajaran bahasa Inggeris ada dua:


1.  English for Young Learners
2.  Business English


Pasaran besar bermaksud ia membawa pendapatan besar kepada pembekal program samada perunding latihan atau pemilik / operator pusat bahasa.  Segmen pelanggannya kecil tetapi mempunyai kuasa membeli yang tinggi.

Contohnya, Pusat Bahasa Lorna Whiston di TTDI dan Taman Melawati fokus kepada anak-anak berumur 5 tahun ke sekolah  menengah.  Program 2 jam 30 minit dikenakan bayaran RM155 seorang manakala bagi program cuti sekolah selama 5 hari, 3 jam sehari, yurannya RM 625 seorang.

Tempat pembelajaran cantik dan selesa, manakalanya tenaga pengajar kesemuanya 'native speakers'.

Umpan besar, ikannya besar.  Maka ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tempat ini (dan beberapa pusat bahasa lain) datang dari keluarga berpendapatan besar.

Begitu juga dengan Business English.  Contoh pusat bahasa yang popular ialah British Council dan juga ELS Language Centres.  Segmen pelanggan mereka adalah pelajar kolej dan orang dewasa.

Persoalannya:

1.  Bagaimana dengan segmen kelas menengah orang Melayu Muslim? 

Jika yang mengajar itu 'native speakers', adakah itu dilihat sebagai pendorong atau penghalang mereka menghantar anak-anak belajar? Atau  mereka sendiri berkursus?

2.  Apakah nilai yang segmen kelas menengah Melayu Muslim mahukan dalam sesi pembelajaran anak-anak dan juga sesi latihan korporat?  
Sekadar penguasaan bahasa semata-mata?

3.  Adakah wujud tenaga pengajar, fasilitator, dan perunding latihan yang mampu bersaing?  Mencipta niche baru?  Boleh melatih orang mahir bahasa Inggeris menggunakan modul training Islamik?

Kesimpulannya, saya pinjam ayat dari blog Teknik Motivasi Islam:

" Peluang membekalkan modul-modul soft-skills versi Islamik adalah Laut Biru  yang hanya pakar-pakar training Islam dapat membukanya...."