Monday 23 July 2012

Geram dengan Grammar?



Antara kerisauan utama peserta dewasa program bahasa Inggeris ialah tatabahasa.  Setelah melalui sistem pembelajaran bahasa Inggeris dari tadika sehingga tingkatan lima, isu grammar masih belum selesai.

Apakah cara paling berkesan mengasah kemahiran ini?

1.  Kenalpasti motif belajar (dan mengajar) bahasa Inggeris.
Adakah peserta mahu belajar bahasa Inggeris atau belajar mengenai bahasa Inggeris?

Jika mahu tingkatkan kemahiran komunikasi - mampu menyampaikan mesej dengan berkesan dan dapat difahami - cara pengajaran tatabahasa berbeza.  Mungkin sama sekali tidak disentuh.

Jika mahu mendalami rumus tatabahasa - tahu beza past perfect tense dan present perfect tense misalnya - cara pengajaran lain kaedahnya.  Motif ini sesuai bagi bakal guru bahasa Inggeris.

2.  Lihat bagaimana grammar 'bekerja' semasa membaca.
Susul teori dengan amali.  Melalui bahan bacaan berkualiti, peserta diajar menangkap ungkapan dan ayat, bukan perkataan.  Baca berita, peserta menangkap past tense.  Perhatikan resipi, peserta belajar ayat arahan dan turutan.

3.  Mimik skrip menarik semasa mendengar atau menonton.
Pilih sumber bahasa Inggeris berkualiti.  Ulang ayat yang berjaya ditangkap.  Gunakan.  Ayat dari sumber yang baik, sudah tentu grammar-nya cantik.

Kesimpulannya, tiada jalan pintas menghafal formula tatabahasa.  Pilih jalan bijak melancarkan komunikasi.  Mulakan dengan membaca, menonton dan mendengar bahan bahasa Inggeris yang berkualiti.

1 comment:

  1. Common errors in english usage.
    http://public.wsu.edu/~brians/errors/errors.html

    ReplyDelete